Friday 30 November 2012

saya bahagia bersama awak .

ASSALAMUALAIKUM .

okayy .. entry yang jiwang jiwang sikit malam nie . sekadar luahan hati . lagipun aku tak mengantok lagi . hehehe . aikk ? macam ayat pantun pulakk . hahah . layan .

pejam celik pejam celik dah LIMA BULAN LAPAN HARI dah aku dengan syakban . bagi aku , memang lama . sebab sebelum ini aku couple , paling lama tiga bulan lima hari jeh . and itu bagi aku sangat sedih . sumpah sedihh . tak tipu punye lorhh . tapi dalam masa lima bulan nie . macam macam dugaan aku dengan dia. asyik bergadoh je kitaorang . macam anjing and kucing . tambah tambah si syakban nie memang garang . haa , lagi laa . tapi dalam garang garang dia . ada juga sikap manja , budak budak , kelakar . hahaha . memang funny . serious . bila dia ada mood , like perangai gila gila dia datang, memang kerja dia bagi aku gelak je memanjang . sangat bahagia kalau ada lelaki macam nie . kan ? hehehe .

 aku suka merajok dengan dia . sebab aku memang seorang yang sangat mudah terasa . and start dari situ , airmata aku akan mengalir . hoooo T.T . si syakban nie memang tak suka tengok aku menangis . tapi airmata yang mengalir memang tak boleh nak tahan . bila airmata nie simpan , hati aku akan sakit . so , aku kena keluarkan jugak supaya hati aku lega . yaa . it's me ! perangai orang masing masing berbeza . adat la kan . syakban memang seorang yang tidak kedekut sama sekali dengan aku . kalau dia tengah asyukk , apa yang aku nak , mesti dia beli . tapi kadang kadang , dia selalu marah aku sebab apa yang nak , aku tak ckap kat dia . hoo , paling dia pantang . jenis aku , aku taknak susahkan sesape . lagipun duit orang , takkan nak guna , tapi dia selalu cakap , duit yang ada tak boleh bawa mati . and apa yang aku nak dia akan tunaikan . aku tak percaya yang Allah temukan aku dengan insan yang macam ni . sangat sweet . jenis dia nie , memang suka cakap lepas . sebab tu sometime . aku cepat terasa . ayat pedas wooo . mana hati tak sakit . hahaha . tambah tambah , aku jenis hati lembut . memang senang lah kan . apa apa pun , aku boleh cakap , terimalah diri aku yang sebenar nad seadanya .

aku memang seorang kuat cemburu . itu aku . perangai aku . kadang kadang dia pun tak faham dengan aku . tapi itu aku , diri aku . aku pun tak boleh nak pendam benda macam tu . memang ta boleh . tapi orang selalu cakap cemburu tanda sayang . yaaa . memang aku sayang gila dekat syakban . bahagia sangat bila dengan dia . aku paling tak suka dia layan perempuan lain . adatlah kan , semua perempuan akan marah kalau pakwe dia  layan perempuan lain . orang yang tak marah je , makne nye da tak sayang and memang takde perasaan . tapi of coz aku bukan macam tu . orang yang takde perasaan .

finally ...

 ASSALAMUALAIKUM 


hye peeps ! lamanya aku tak update . rindu nyee . finally atau in malay , akhirnya aku dah merdeka ! yeahh ! hahaha suka pulakk aku ni . aku dah habis exam ! lebih kurang 4 minggu jugak la exam aku nie dijalankan . paper last , subjek Akaun . hoho . lama lama . adat la tu , SPM kateko . hahaha . tapi biasa la student , bila start nak exam hari tu "takot la nak exam" and sekarang bila exam dah habis "takot la result" . hahah semua itu adat laa. betul takk ? aku pun takot nie . hehehe . tapi siyez aku cakap , tahun nie semua soalan susah . apa yang ditarget banyak yang tak keluar . aduhh . sedihh . betul betul frust . apa apa pun , kita kena tawakal and berdoa kat Allah . mohon Allah membantu kita . amin . 

secara rasmi nye ZUE NURUL NABILAH dah tamat sekolah . hahaha . lepas nie mesti rindu sekolahh . rindu nak belajar dalam kelas , rindu nak dengar cikgu membebel , rindu dengan kerja sekolah yang memang tak pernah siap . ahhaah , everything semua akan rindu la saat saat tu . especially , rindu dengan member member kelas . selama dua tahun kami di kelas PRINSIP AKAUN bersama . ada kala nya suka , seronok , sedih , tension , menangis , bergadoh , bergosip and macam macam la .sampai tak terkata . hahaha.  tapi itu semua adatkan ? walauapapun yang berlaku , kitaorang tetap KAWAN . yaaa  KAWAN ! 


Tuesday 18 September 2012

kali ke-2 bergambar dengan SYAKBAN


chicken pox !

ASSALAMUALAIKUM

hyee peeps ! ohh yaa , aku lupa nak share story ni . sebenarnya , raya ke-5 hari tu . aku kena CHICKEN POX or dalam bahasa melayu DEMAM CAMPAK . ohh . tuhan je tahu betapa seksanya aku time kena tu . sakitt sangat . lenguh lenguh badannye . apatah lagi nak trial . wohooo ! parah aku time tu . time exam trial hari tu pun jawab sorang sorang . bosan giler !  but i know , tu semua dugaan untuk aku right ? yaa , aku kuatt ! *ececeh ! kuat la sangat* hehehhe .

ibu cakap , time kecik dulu aku dah pernah kena . tapi ibu pun tak sure sebenarnya . maybe time aku kena dulu , tak keluar habes kot . yaaa . lebih kurang laa . act , nak dijadikan cerita , yang aku bole kena ni sebab jangkit dengan my sister, maisarah . dia kena malam raya , lagi kecian . si maisarah boleh kena sebab jangkit dengan ibu . ibu kena penyakit KAYAP .tak salah aku lagi dua minggu nak raya . pakat puasa and raya tahun ni , family aku semua tak sehat . haiyaa . sampai makan pun kena pantang . untuk mengelakkan daripada gatal . ada setengah makanan tu , berbisa . kalau tak pantang , pakat bergaru sana bergaru sini la ceritanye . tapi dah teringin makan jugak , ate nanti kempunan . susah jugak . hehehehe

sebenarnya penyakit kayap nie terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes. itu je yang aku tahu . kalau nak tahu lebih lanjut pasal penyakit kayap nie, boleh la search kat google yea . hehehe

paling terok yang aku kena kat bahagian leher , perut and muka . dah macam apa dah . terok terok terok ! kecian tau . act , si syakban pun kena jugak . sama dengan hari yang aku kena . hohoho . kesian dia . kita orang nie sehati sejiwa . nak kena mesti kena sama sama . hahaha . tapi dia kena tak seterok macam aku kena . sedihh ! huwaaa :'( . walaupun kami jauh , dia tetap jaga aku macam aku ada kat depan mata dia . tu sebab aku sayang dia . heehe . *sayang syakban lebih*


muka aku time kena CHICKEN POX . hohoho . parah kan . terok gila !

gambar ada satu jee . muka pun nak poyo je time tangkap nie . takpe , kenangan . hahahah . tapi orang cakap time kena , janganlah kena hujan . nanti parut . tapi aku degil , banyak kali dah kena hujan . habes my face . berparut laa . jatuh saham aku . hehehehe . okayy lah , banyak pulok membebel . aku jarang nak update dah sekarang . busy sikit . *busy bercinta*  hehehehe . lagipun , trial aku baru je habis . lepas nie , SPM ! woooo ! takott . wish me luck okayy ! I LOVE YOU ALL .
bye bye bye .
assalamualaikum 


salam takziah buat keluarga arwah abang faqih . arwah pergi meninggalkan kita pada hari jumaat (14/09/2012) . sayu je rasa . arwah abang faqih sebenarnya ex student SMK SERI SAMUDERA . senior sekolah aku . batch 93' kot . aku tak pasti . sebab aku tak rapat dengan arwah . just kenal macam tu je .adik dia form 5 jugak . sama aku . arwah meninggal akibat kemalangan , kena langgar lori .arwah naik moto dengan abang dia. semua terasa dengan kehilangan arwah . semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman . amin .
- al-fatihah -

Friday 31 August 2012

raya raya ... yeahh !!

ASSALAMUALAIKUM

hyee peeps ! cam no raya ? best tak ? mesti banyak dapat duit raya .. wow ! boleh belanja *keyit mata* hehhee . hari nie dah masuk raya ke-13 . okay okay . raya aku tahun nie pun best jugak . yela , sape tak seronok dapat raya , setahun sekali je weyhh ! and setiap tahun jugak situasi nya akan lain .aku yang best dapat makan ketupat , lemang bersama daging telagi . wow ! sedapp *terliur aku*  makan je tahu . heeee :D takpe takpe , asalkan perut suka hati . kan ?

tahun nie raya pertama, raya kat kampung papa , dekat ijok, taiping . petang sabtu baru aku bertolak balik kampung . and bayangkan kelam kabut sampai rumah opah . 5 minit lagi dah nak berbuka . tapi takpe hajat aku nak berbuka dengan opah tercapai jugakk . yeahh !! malam raya kat kampung memang best . riuh rendah bunyi mercun je lebih . bom sana bom sini . dengan bunyi mercun popnye . hahaha . nak jugak kan .hambekk ! raya kedua petang aku bertolak balik kampung belah ibu pulak , dekat ayer tawar . dekat sangat dengan rumah aku , setngah jam dah sampai. tapi kalau dari kg ijok jauh la . hahha .ohh , yaa , bukan masin and bukan manis . hehehe . raya kampung nie tak jalan mana mana pun . dok rumah makan . esok nye , raya ketiga , balik la rumah ku syurga ku . heheh . tapi paling aku best malam raya ke-4 tu , syakban cakap nak datang rumah aku esoknye . aku pun , malam tu sebok bubuh kuih raya dalam balang . kemas rumah bagai . hehehe . *pakwe nak dtg*

best sangat dapat jumpe dia . plus plus dapat raya pulak dengan dia . hanya tuhan je tahu betapa bahagianye aku bile dapat jumpa dia , dapat tengok muka dia face to face . alhamdulillah sangat . akhirnya Allah memakbulkan doa aku . aku tak tahu la nak cakap mana , maybe betul la cakap orang . kalau kita bersabar , Allah mesti janji kan kita lebih baik dekat kita . kalau nak tahu , aku dapat spend time dengan dia 3 hari 2 malam . haa . kan best tu . btw , family aku kenal family dia . raya ke-4 tu, dia sampai sini tengah hari . so dia makan kat rumah aku . plan punye plan , papa ajak family dia raya dekat kampung Ijok . tu la yang dapat spend time dengan dia . heeheh . suka suka .


gelagat di pagi raya

my sister , wow . pokodot oren .

aniq and cousin , afiq gendut . hehhehe

beraya dengan opah .

saudara mara . oren !

family pakcek

dari kiri :-
papa , opah (tengah) , pakcek , pakteh (belakang)

cik wawa with abg dia , afiq

budak budak nak raya

me :) hari raya pertama .

raya kedua :)

berposing dengan maisarah memang mcm nie

merah .
raya kelima :)

bella

bukan main diorang nie

with bakal bapak mertua :)

dah macam askar apa tah
paklong with pakcek .

awesome ! with mustaqim , adek ipar

peace yoo !

with kakak ipar


last ! with my boyfriend , sayang daddy sangat2 .
best dapat jumpe dia .

done photo raya aku . apa macam ? awesome tak ? heheh . best sgt raya tahun nie . kenangan yang terindah nie akan aku ingat sampai bile . tambah2 dapat jumpa family syakban . hehehe . suka suka . okay lah .
bye bye :)
assalamualaikum

Friday 3 August 2012

shopping !

ASSALAMUALAIKUM


hyee peeps ! hikhokk . best dapat shopping baju raya malam tadi . sampai tak ingat dunia okayy . best kan kalau dapat bershoping nie ?! nafsu tu . haha . perempuan memang macam ni . lelaki ? hmm . ada jugakk ! toksah cerita . lelaki kalau dapat shopping mengalahkan perempuan . haha .

ohh . yaa . aku shopping dekat tempat biasa biasa je .dekat pasaraya BILLION . bukan PAVILLION okayy . haha . takpe bersyukur dengan apa yang ada . baju kat billion tu pun cantek cantek juga , BARU okayy . bukan bundle yeaa . haaha . seluar dan baju aku dah beli . yang tak beli lagi kasut jee . takde yang berkenan lorhh . hehhehe . rilexx sudahh . *watpeace cepat* .

orang lain sibok baca buku , aku semangat nak raya . alaa . tak salahkan ? *muka sedih* takpe . first and second raya kita raya puas puas . then , kita deman baca buku pulak lepas tu . ohh . tidakk !! takottt !! errr '' okayy laa . aku nak tido . nantokk . malam tadi dah tido 2 jam jee . buat homeworkk . tapi ,  memang dekat sekolah tadi mata merah jee . adess .

bye bye bye ! assalamualaikum ..

Thursday 2 August 2012

trial semakin dekat ohh !

ASSALAMUALAIKUM

hyee peeps ! apa khabar semua ? sehat tak . hope korang sehat okayy . insyallah . hari ini dah hari ke-13 kita berpuasa kan ? wahhh !! *dengan terujanye* nak dekat raya dah kan ? hehehe . mesti korang dah bershopping sakan kan ? untunglahh . *jeles* aku belum lagi . hmmm . nak raya tahun ni pun takde semangat . banyak masalah yang kena aku jalani . lumrah hidup . bersabar jelaa . watlek watpeace . kan ? hidup kena senyum selalu  :D *senyum nampak gigi* hehehe .

by the way , sekarang musim budak budak PMR trial ohh . itu jugak bermakna yang aku pun tak lama lagi akan menduduki peperiksaan percubaan . OME !! *ohh my englishh* . siyez ! semakin aku nak exam nie . semakin itulah aku jadi malas . apa nak jadi dengan aku nie . haishh . 

hmm . macam mana lah kan budak budak PMR jawab soalan yang depa dapat tu .boleh jawab ke tak ? btw , aku doa kan korang boleh jawab . especially to my sister yang keding keding tu . hahaha . gudluck yaa adek ku sayang . walau apa pun masalah yang datang dekat kita . kita kena bersabar . ada hikmah kenapa Allah berikan ujian macam tu dekat kita kan ? hmm :')

oklahh . selamat berbuka puasa untuk umat islam :) assalamualaikum .. bye bye .

Sunday 22 July 2012

happy anniversary 1st month b :)

ASSALAMUALAIKUM

hyee peeps ! apa macam 2 hari puasa ? best tak ? mesti la best kan . hehe . bagi aku tahun nie puasa memang best . dapat pergi solat terawih . tak macam tahun lepas , aku bukan pergi pun . haishh . tapi raya tahun ni je yg tak bestt bagi aku. sedihh . hahah . tak payah la sedih sedih . nak happy happy . hehe . ohh yaa . by the way, hari nie anniversary 1st month aku dengan syakban . teruja pun ada . dah sebulan aku dengan dia . kan ? bukan nak bangga , tapi hal hal yang macam ni patot di kongsikan bersama anda semua . hehehe . biarpun kami ada gadoh , pasal hal hal yang kecil . alhamdulillah kami dapat selesaikan.bak kata kawan aku kalau tak gadoh , bukan bercinta nama nyee . kan ? act,dari situ kita boleh kenal pasangan kita macam mana . kan ? :)

hye b busyukk , syg sayang kat b sangat sangat tahu . semoga hubungan kita berkekalan yea .amin :) . I LOYE YOU . muahhxx :*

bye bye bye . ASSALAMUALAIKUM :) 

Saturday 21 July 2012

wink . wink . hai .....

ASSALAMUALAIKUM




SELAMAT BERPUASA ! cop cop . hai peeps ! huu , lama rasanye aku tak update , kan ? rindu nyee . heee . aku busy sikit laa .lagi pun rasa macam malas nak update . yaa . itulah aku . hehehe . puasa puasa puasa . then , raya raya raya . tapi bagi aku tahun nie raya , tak best . sebab trial aku seminggu selepas raya . ohh ! sedihnyee *sambil kesat airmata* kalau tak tu awal bulan sembilan . tapi dipercepatkan . so , bertarikh 28 OGOS 2012 .  haishh . memang betul betul selepas raya . tak boleh enjoyy pun . takpee takpe . cubaan tu . redha jela . apa apa pun , wish me luck okayy .

ohh , yaaa . minggu depan ujian bulanan dua pula . haishh . buku pula tak baca baca . aku ni SPM STUDENT kee ? tapi  kenapa aku tengok , aku bukan macam tu . takde usaha langsung nak study . asyikk malas jeee .kalau berfessbuk , bertwitterr rajin pula . tak payah ada orang suruh laju memanjang . padahal SPM tak lama lagi . trial pun nak dekat, tapi still main main . umpama macam takde apa apa yang bakal aku lalui . haishh . aku da tak tahu nak buat macam mana lagi dengan diri aku ni . hmmm . *sedih lagi*

okay laa , aku pun takde mood nak update banyak banyak and panjang panjang . dah la mood tengah sedihh . tapi aku tahu semua tu cubaan , dugaan kat aku kan ? aku harap aku dapat lalui semua nie . insyallah . doakan aku yea . lagi satu , aku nak ucap terima kasih sangat sangat dekat cikgu cikgu SMK SERI SAMUDERA , yang sekarang mengajar aku and yang pernah mengajar aku sebelum ni . banyak sangat pengorbanan mereka kat aku . aku tak tahu nak balas macam mana . tapi cikgu yang paling nampak bersungguh sungguh nak kami lulus dengan cemerlang , PUAN CHE KU ROHAYA BT CHE ENGKU MUSA , dia mengajar subjek matematik tambahan .  siyez aku cakap subjek ni bagi aku memang sukar . banyak guna formula ,kena tahu  konsep . tapi takde yang mustahil nak lulus dengan cemerlang subjek ni .sebab cikgu cakap senang sangat nak dapat markah FREE . insyallah aku akan buat cikgu cikgu gembira dengan keputusan aku . tak lupa juga dekat parents aku . INSYALLAH :)

byeee ! ASSALAMUALAIKUM and SELAMAT BERPUASA . jangan tinggal puasa yee ! heehehe

- bellapunyecerita.blogspot.com -

Thursday 28 June 2012

rindu awakk :'(

ASSALAMUALAIKUM


hyee peeps ! selamat malam semua . hoo . sedihh laa hari nie , aku tak text dengan syakban pun lagi . rindu gila kat dia .hurm :'( . masing masing takde credit and masing masing takde duit nak topap . hmm . maybe nie semua dugaan kat aku kot . dah la aku dengan dia jauhh . kadang kadang rasa jeles jee dengan budak budak yang couple dekat dekat nie . tapi bagi aku , couple dekat dekat nie , akan menyesatkan aku jee . siyez ! aku bukan jenis bebas . then , aku pulak budak sekolah jee weyhh . hurm , sob sob :'( . awak awak . kita rindu awak laa . seriously . 
 
lagi satu , saya harap sangat awak ada kat lumut 30 june niee . saya nak jumpa awak laa . saya harap sangat awak usaha dengan apa cara sekalipun , supaya awak datang lumut . hurmm . :'( .

# berharap yang malam nie , akan dapat mesej dari dia ataupun dapat call dari dia . amin . hmmm . :'(


- BELLA PUNYE CERITA -

Wednesday 27 June 2012

hari kejohanan rumah sukan kali ke-10 .

ASSALAMUALAIKUM


hyee peeps ! untuk pengetahuan korang , hari nie adalah hari kejohanan rumah sukan kali ke-10 bagi sekolah SMK SERI SAMUDERA . woohoo ! bestt yopp . semangat kesukanan . tapi yang sedih , tahun last jugak bagi akuu . haishh . lepas ni aku akan rindu sekolahh . hurm :( . dah laa , malas nak over sedih sangat . hahah .

kita orang buat kat STADIUM SERI MANJUNG . memang ramai gila . buat gadoh memang best . hahaha . apo la aku nie . tukar topik . dari aku sampai jee stadium pkul 7 lebih tu , aku just lepak dengan ADINA FARAHIN jee . budak form 2. hoo . form 2 tuu .lagipun dia tumpang aku , time nak pergi stadium tu . ramai kata adek angkat kee . ? blablabla . haha . then ada yang cakap kembar laa .OMK ! banyak pula kembar aku kat sekolah SAMUDERA nie . haha . maybe tudung yang kita orang pakai tadi kot , yang nmpak mcm kembar . hahah .

untuk pengetahuan korang jugakk . tahun nie rumah MERAH JUARA ! HIJAU lastt . BOOO !! tahun lepas JUARA .tahun nie . perghh ! mendadak turunnyee . terbaikkk .! ehh ehh . tapi aku tetap rumah BIRU okay . setia kat rumah biru je okayy . hahah . tapi siyez laa , RUMAH BIRU tahun nie , dapat NO 2 . hoho . terbaikkk dari ladang . selalu no lastt jee .sedihh . haha . selalu juga kena BOOOO . haishh . haha .

habes sukan tadi dalm pukul 12.30 tgahari , tapi balik rumah pukul 1 . lepak dengan kawan kawan adek kat taman permainan . okayy , jadi budak kecik pulakk . tapi ada tujuan kenapa pergi taman tu . ntah laa . masalah budak budak . macam nie laa .

aku , ammar , mieza and sue .

perbarisan . 
with adina . kembar aku weyhh , haha
lepak dengan dia jee .
adina :)

koje menangkap gambar jee ,










-BELLA PUNYE CERITA -

Sunday 24 June 2012

awak-awak . awak bagi hidup saya happy laa

ASSALAMUALAIKUM

hye peeps . aku happy sangat dua, tiga hari nie . you know why ? ada someone , yang bagi  hidup aku tak sunyi . bahagia sangat rasa . seriously okayy . dia selalu ada time aku perlukan dia . dia tak pernah miss nak text aku and call aku . dia jage aku . dia sayang aku .

tengs b untuk semua ni . sayang b sangat-sangat . mybe dah tertulis, yang b akan berjumpa dengan syg , dapat kenal syg and dapat jadi teman hidup syg . kan b ?  syg pun bersyukur sangat sebab dapat jumpa b . hope kita kekal okayy . amin . syg harap b dapat tunaikan janji janji b kat syg . and pliss jangan sakitkan hati syg okay , sebab sebelum nie hati syg dah cukup kecewa dengan apa yang syg dapat . but i know , maybe tu semua ujian untuk syg rite . syg reda dengan semua tu . alhamdulillah , dengan kesabaran syg . Allah pertemukan syg dengan b .i hope , b dapat terima syg seadanya . dapat terima kelebihan and kekurangan syg .

I LOVE YOU SYAKBAN .


-BELLA PUNYE CERITA-

Saturday 23 June 2012

musim sukan ,

ASSALAMUALAIKUM

hye peeps ! sekarang dah bulan 6 . mesti banyak sekolah yang tengah sibuk dengan latihan rumah sukan bagai kan . sekolah aku pun macam tu . pakat semua busy .terutama nye budak form 5 . pakat semua ada jawatan . tapi aku takk membusykan diri aku. haha . sebab aku malas nak ambik port . padahal AJK . tapi hampehh ! sebenarnya dari situ la , nak kumpul markah koko . atoiii aku ni pun . 

rumah sukan aku BIRU . yeahh ! sape kat sini rumah biru ? turun tangan . haaa . nampak sangat semua rumah biru . haha . tapi rumah sukan biru tak sehebat rumah sukan MERAH . merah selalu jee JUARA . macm tahun lepas rumah HIJAU yang juara . dah rezeki depa , nak buat macam ner . tapi insyallah , rumah sukan biru , mesti ada harapan nak menang tahun nie . amin . doakan kamI yea .


- BELLA PUNYE CERITA -

Friday 22 June 2012

aku ditaken !

ASSALAMUALAIKUM


hyee peeps ! aku nak story nie . aku dah ditaken . kejap je kan aku dapat pengganti . okay , nama dia MUHAMAD SYAKBAN bin ROSLI . 19 tahun . duduk dekat KUALA SELANGOR . jauhh doe dari aku . rinduu .hehe . kami couple 22.06.2012 . pkul 12.01 pagi . hehe . aku sayang dia tahu . tapi bila aku ingat balik cm ner aku jumpa dia . rasa lawak pun ada . hahaha.

 act , aku jumpa dia time kenduri kawin kakak azida . yang kat cheras tu . syakban nie cousin kakak azida . tapi dia takde kena mengena dengan aku . tapi siyez , sebelum nie aku tak pernah tengok dia langsung . sampai2 je hari tu , dia dah ada kat rumah kakak azida . time kat sana , memang kita orang tak tegur langsung . ate tak kenal kan . tapi pada mulanya , memang aku takde niat pun nak kenal dengan dia .takkan la perempuan yang nak terhengeh hengeh kat laki . takde makna nye kan *ego tinggi nie . hehe . tapi ntah macam ner , balik je lumut . aku terus add semua cousin aku yang aku belum add . haha . sampai la aku jumpe FB dia. so . sejak tu la kita orang kenal .

tapi siyez ! macam tak percaya jee couple dengan dia skg . time kenduri hari tu , memang tak pernah tegur langsung . tapi usha2 tu ade laa . haha . pape pun . doakan kami kekal amin .
awkk . saya sayang awakk . heheh :)


- BELLA PUNYE CERITA -

Sunday 17 June 2012

selamat hari papa

ASSALAMUALAIKUM

hyee peeps ! seperti yang korang tahu , hari nie HARI PAPA rite ? korang dah wish ke belum ? kalau korang tanye aku . aku akan cakap , aku dah wish ! aku mesej papa malam tadi . siap bergurau senda dalam mesej tu . haha . papa oh papa . act , aku dengan adek adek kongsi beli hadiah untuk papa .kita orang beli minyak wangi . tapi  kan , tapi kan . tak bagi lagi la . hehe . apo la kita orang nie . papa aku kembara mimpi lagi laa . ate hari ahad . bangun lambat la . hehe . *kantoi pulakkan ? rilex sudah . macam korang tak pernah tengok lelaki bangun lambat jee . bagi aku normal je semua tu . takde yang imposibble nyee . betul tak ? hehe . okay la bye !


- BELLA PUNYE CERITA -

trial sPm .

ASSALAMUALAIKUM

hyee peeps ! okay , aku dah cuakk *nampak tak muka aku cuakk nie o.O . nie pasal exam trial aku yang  tinggal sebulan lebih jee lagi. hoo . siyez . aku tak bersedia lagi nak hadapi semua nie . hurm . dah la result p.pertengahan tahun aku down gila kali ni . huwwaaaa . nak nanges weyhh ! ini la akibatnye , kalau study last last minit . rasa nak ambik periksa sekali lagi jee . tapi banyak cubaan yang aku hadapi time exam yang  hari tu . macam macam masalah yang datang kat aku . siyez . aku tak kuat nak hadapi semua tu . hurm :'( . insyallah next time , dengan izin Allah . aku akan buat yang terbaikk . amin .okay la . bye !


- BELLA PUNYE CERITA -

my holiday

ASSALAMUALAIKUM 

hyee peeps ! lama gila aku tak update . miss u blog . aku lupa nak cer pasal holiday aku . oleh sbb  best sgt . smpai terlupa . hehe .btw,  aku jalan2 dekat KUALA LUMPUR , ICT and GENTING .banyak kan tempat aku pergi ? * bangga la tu . 5 hari 4 malam tu aku dekat kL . tapi tempat yang paling best and yang tak dapat aku lupakan . pergi ICT , dapat main ais and tengok lampu o.O * muka excited ni . hehe . 
lagipun tujuan aku pergi kl , sebenarnya kakak saudara aku, *kakak azida kahwin . bak kata aku la kan , menyelam sambil minum air laa . betul tak ? siyez , aku takkan lupakan kenangan nie sampai bile bile. sebab yang paling penting , keinginan aku nak pergi ICT tu tercapai . alhamdulillah . next time aku pergi dengan SUAMI aku pulakk *gatai nak kahwin la nie . hahaha .bye !


- BELLA PUNYE CERITA -


Wednesday 30 May 2012

kami dah baikk . heee :D

ASSALAMUALAIKUM


hyeee peeps ! korang da makang tengahari ? haha . mesti pelik kan . i mean makan laa . hehe . okayy . mood aku dah baik, sebab...... KAMI DAH BAIKK .haaa . tengokk la tittle tu. aku dah baik la dengan kawan aku tu .hee. suka aku :) taknak gadoh2 lagi tau .

by the way , hari nie birthday dia .ohh ! dah tua kawan aku yang sorang nie . hhaha . padahal baru 17 tahun . takpe2 yang penting aku muda lagi . heee :D .
ehh2 aku ada lagu untuk kau . kau dengar tau . tapi sebelum tu pausekan lagu kat blog aku nie dulu . okay :)

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !!
weeee ~~ haha .

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki  <3

 
 BIRTHDAY GIRL !! HAHA
NUR HAFIZAH BINTI RAMLI 


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Tuesday 29 May 2012

maafkan aku kawan :'(

ASSALAMUALAIKUM

hyee peeps ! korang sehat tak ? harap harap korang sehat ehh . hurm . aku ada problem laa 2,3 hari nie . hurm . semua pasal lelaki . arghh ! sebal nyee . nape perlu pasal lelaki aku dengan kau gadoh ehh ? tak de function doh . herm . yela , aku kan suka pentingkan diri sendiri . tak pernah nak jaga perasaan kau . tahu nak jaga perasaan sendiri je . kan ? okay ! takpe laa wey . aku terima je apa yang kau nak cakap kat aku . hurm .
 tapi aku tak tahu la apa yang menghasut aku , sampai aku nages sebb kau .maybe aku sayangkan kau sangat kot . kan ? tapi kadang kadang, kau nak aku faham kau je . kau tak pernah faham aku .hmm . arghhhh . tensionn wokk !!! hohohoho (gila sudah)

tapi takpe laa . maybe Allah tengah menguji persahabatan kita rite ? hurm . aku terima dengan redha . kalau kita tak gadoh , kita takkan kenal siapa diri kita yang sebenar kan ? maybe ada hikmah disebalik apa yang berlaku . hurm :( permintaan aku , aku nak persahabatan nie kekal sampai aku mati . aku nakkan persahabatan yang ade ni ,ketika kita gembira , sedih and everthing . hurm . tapi aku akan ikut kehendak kau . sebab itu yang buat kau puas .okay!  aku buat !
MAAFKAN AKU KAWAN ..
sekian -daripada orang yang suka pentingkan diri sendiri- :(



TENGS FOR READING BELLA PUNYA CERITA <3

Saturday 26 May 2012

happy with them

ASSALAMUALAIKUM


hyee peeps ! seperti yang korang tahu , cuti sekolah sudah bermula . yeah !!! haha . yeah la sangat . btw , orang lain cuti 2 minggu , but seperti yang aku tahu ,calon PMR and SPM ada kelas tambahan selama 4 hari . maksudnye isnin-khamis . betul takk ? hikhik.sabar jelaa yang mampu ku ucapkan . nak buat macam mana . 
 
tapi yang penting , lpas 4 hari aku ada kelas tambahan uh . my family rancang nak pergi KL . ada kenduri kat sana . then , nak peegi makan angin sekali . i mean HOLIDAY . hoo ! terbaikk . haha . best tu . tak sabar . hahahah . suka sangat sangat sangat . :D . tUNGGUuuuu ..

okay . berbalik pada tajuk . ermmm . happy ? them ? who ? haha . okayy . meh sini meh , nak story about last night . malam semalam aku ajak member-member aku tidur rumah . biasa laa , dah habis exam . then start cuti pulak uh . memang okay sangat laa kan . tapi nasib baik depa sporting sangat . i mean sudi nak tidur rumah aku . heee :D . mesti nak tahu sape member member aku uh kan . jeng jeng jeng . haha . YANA , FARA and FIZA . best gile lepak dengan depa nie . macam macam kita orang semalam . sampai nak pecah perut pun ada . sebab lawak sangat . kan . hehe .

tapi bile ingat ingat balik . ada peristiwa yang happy and ada yang sedih . haha .siyez . memang lawak . kadang kadang benda yang kita tak rancang pun , boleh jadikan ? erm . uh la namanya takdir . apa apa pun bole :) . 

-KEGILAAN KAMI-
FARA AND YANA .

YANA , JUJU (ME) , FARA =)

CANTEKK :D

ALOLO . MANJE NYEE :)

PEACE .

KAMI MEMANG KAKI BERGAMBAR :p

WOW ! COLOUR FULL .

SEE ? NICE <3

CALL MEE JUJU :P

FIEZA :)

YANA .

FARA .


   
haa . kau adoo ? takde kan . hahaha . seriously best gila gila kot . baru sehari berlalu . tapi da rindu balik kenangan nie . lain kali kita over night lagi ehh member member ku tersayang. btw , kita orang tido lambat malam semalam .. hoo . cayalah . haha .
haa . kawan aku yang nama FARA sudah ada lesen kereta . kau ado ? haha . so malam semalm , kita orang dapat merasa juga dia bawe kereta . bEST WokkKK !!



TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3