Friday 30 March 2012

KES KUPON . BAHAGIAN 2

ASSALAMUALAIKUM

hye peeps ! sampai sekarang SI PENIPU kopun uh , kita orang tak tahu sape . kalau nak syak seseorang tu pun , tak berani . takut salah pula . herm . biasa la uh , kalau orang da buat salah . takkan la nak mengaku pula . kan ? so , hari nie acap, selaku ketua kelas kita orang , kutip sorang 0.50 sen untuk ganti duit RM 18 uh . herm . tak pasal2 , orang yang tak bersalah pun kena bayar . sabo jelaa . cikgu cakap bayar tetap bayar , yang sekarang cikgu nak , orang tu mesti mengaku .bukan depan kita orang , tapi depan cikgu . kalau tak , perkara nie akan melibatkan POLIS . hush ,teruk juga kalau perkara nie dikaitkan dengan polis . boleh jadi TERUK SIJIL BERHENTI SEKOLAH . haish .teruk teruk teruk . memang tak sanggup doh . tak cerah masa depan tau . apa apa pun aku rase orang tu da mengaku kot . sebab cikgu cakap , if orang tu tak nak mengaku juga . polis akan buat siasatan hari nie , tapi takde pun . so . maknenye da settle la kot . insyallah .
macam macam ujian yang kita orang lalui nak masuk 2 tahun nie .lepas nie kes apa la pula . sedih betul .
herm . okayla , if ada apa apa , aku story lagi . sekian , bye2 

 

TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3 

Wednesday 28 March 2012

KES KUPON . BAHAGIAN 1

ASSALAMUALAIKUM

hye peepss ! fuuuuu . tiup habuk jap . bersawang da nie . haha .
act , aku nak cer apa yang jadi dekat sekolah tadi . haishh . bila ingat2 balik memang bengang .kerana beberapa helai kupon. satu kelas kena . memang aku tak puas hati . okay ! biaq chek start cerita yeee .hehe . hari tu kan sekolah kita orang ada buat hari kantin kan . ntah macam mana GERAI 5PA dapat KUPON yang PALSU . dalam 20 helai kot . aku pun tak tahu . last2 , tadi cikgu cakap kupon yang palsu uh pun , dari kelas kita orang juga . haish . tak pasal2 jee. i think ada orang nak sabotage kelas kita orang laa.da la semua kupon palsu uh bernilai RM18.00 . memang banyak la citernye . cikgu beri dua pilihan . nak ganti balik or bawa kes nie ke BALAI POLIS .. wooo ! aku dengar pun aku terkejut . boleh jadi kes polis kot . memang terbaikk dari ladang . tapi bila fikir2 balik . sapa yang sanggup buat macam nie kan ? dekat gerai sendiri pula uh . memalukan sungguh . hari nie semua cikgu nak pangkah kita orang . sedih betul . pape pun aku harap orang yang bersalah uh , mengaku la yang dia buat . kita orang tak pakse ORANG YANG BUAT uh mengaku depan kita orang . tapi tolong la mengaku depan cikgu . kecian aku tengok CIKGU JUSNIZAN tadi . sedih je .hmm , mesti kecewa dengan pelajar2 kelas dye . herm .
YA ALLAH , ENGKAU TABAHKANLAH HATI KAMI UNTUK MENERIMA UJIAN DARI MU. AMIN





TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Monday 26 March 2012

RINDU SETENGAH MATI by D'MASIV

ASSALAMUALAIKUM

hyee peeps ! apasal laa hari nie aku asyik nak share lagu sedih2 je nie . herm .
pape pun jom layannn ..
cop2 ! tekan PAUSE dekat SCM yang warna UNGU uh dulu . after baru tekan PLAY dekat lagu uh .
selamat mendengar :)

 

aku ingin engkau ada disini

menemaniku saat sepi

menemaniku saat gundah
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu

ku hanya memiliki kamu
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
meski tlah lama kita tak bertemu
|ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu

ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu...

setengah mati..

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu...


SEKIAN , TERIMA KASIH .. BYE2 ..


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3


CINTA KITA by TENKU WISNU feat SHIREEN SUNGKAR

ASSALAMUALAIKUM


hye peeps ! jom layan lagu nie . wohooo . best tau . :)
sebelum tu , PAUSE kan SCM yang kat bawah tu dulu .
LAYANNN .....


inilah aku apa adanya
yang ingin membuatmu bahagia
maafkan bila ku tak sempurna
sesempurna cintaku padamu

ini juga ku apa adanya
yang ingin selalu di sampingmu
ku tahu semua tiada yang sempurna
di bawah kolong langit ini

* jalan kita masih panjang
ku ingin kau selalu disini

reff:
biar cinta kita tumbuh harum mewangi
dan dunia menjadi saksinya
untuk apa kita membuang-buang waktu
dengan kata-kata perpisahan
demi cinta kita aku akan menjaga
cinta kita yang tlah kita bina
walau hari terus berganti hari lagi
cinta kita abadi selamanya

repeat *
repeat reff

hayati la lagu nie betul2 . sure2 sedih . heee
bye2
MISS YOU <3


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Saturday 24 March 2012

HARI KOKURIKULUM ( HARI KANTIN )

ASSALAMUALAIKUM

hye peeps ! hari ni sekolah aku ada HARI KOKURIKULUM ( HARI KANTIN) . siyez aku cakap , memang best gilerr ! hari ni juga aku berniaga .. wohoo ! BERNIAGA gitu . hoho . AKU , AMMARLINA and ALI tolong CIKGU JUSNIZAN buka gerai bagi mewakili persatuan prinsip akuan . tapi pembantu kita orang ada , FIEZAH and MUZZAKKIAH . nama gerai kita orang GERAI X SEDAP . act , nama nie cikgu yang reka . tergelak aku dalam kereta semalam .haha . time uh nak pergi beli barang untuk berniaga . aku pun tak tahu apa motif cikgu reka nama uh . ehh . tapi jangan ingat tak sedap . sedap kot ( puji kedai sendiri ) , laku tau . kita orang jual STEAMBOAT AND MEE BERKUAH . tapi untuk MEE BERKUAH nie , sapa yang beli FREE AIR .terbaikk kan ? haha. aku ingat lagi sapa yang first datang gerai kita orang, nak cuba mee berkuah nie . cer teka ? haiyaa , apa la aku nie . mesti la tak tahu sape . rite ? okay2 aku bagi tahu , CIKGU ADNAN (bapak aku ) . huhu . bukan bapak aku la , cikgu nie just cikgu kaunseling aku je . aku panggil dia bapak . tapikan yang tak bestnye , kuah baru nak masak .so , lambat sikit la jadinye . haiyaa . btw , it's okay laa . siap gak akhirnye . tak salah aku , 3 kali gak la masak kuah nie . sedap ! biasa CIK FIEZA yang masak . haha . by the way , barulah aku tahu bertapa penatnye berniaga nie. lagipun aku tak berapa minat la berniaga2 nie , uh pun tadi nasib baik guna KUPON . kalau duit betul . mahu nye aku jadi pening . haha . :) . kalau nak ikotkan KELAS aku pun buka gerai gak tadi . rasenye nama gerai depa 5 PA kot . see ? aku sendiri pun tak tahu . mana tak nyee , memang aku tak ambik port langsung pazal gerai kelas aku nie . tah pape aku nie . biasa la sibuk dengan gerai sendiri . heehe. by the way , SORRY sangat . aku memang tak sempat nak pusing-2 gerai ke gerai pun tadi . stay je kat gerai sendiri . beli makanan pun kat gerai berdekatan . ish2 . okay laa . tak tahu nak tulis apa dah . ehh ! cop ! sebelum uh jum la tengok gambar .


KELAB PRINSIP AKAUN :)
ALI , FIEZA AND JUJU
AMBOI FIEZA ! MACAM NAK KILL ORANG JEE . HAHA

MASAK-MASAK . :)

TENGAH CEDUK KUAH UNTUK PEMBELI . SEDAP !
WITH AMARLINA . KEMBAR AKU . HAHA

WAHH !! BANYAK KOT MAKANAN .
STEAMBOAT AND MEE KUAH . YUM2

MULAKAN MEMASAK .

TENGAH BZ GILER .
SAMPAI TAK PERASAN ADA ORANG SNPAP PIC .

AMARLINA :)

FIEZAH AND ALI

POSING2 . AMARLINA , YANA AND JUJU :)

PEACE :)

AMARLINA , ALI , MUZZAKKIAH AND ZUE :D
BZ2 . HAHA . GERAI 5PA :)

TIME NIE PAKAT SEMUA NAK BALIK DA .  FUH ! PENAT !

TAH PAPE ALI .

BOYS :P

BERKAWAD :)

AKU TAKDE TIME NIE . HOO . SEDIH . :'(
AKU TENGAH CUCI PINGGAN .




5 PRINSIP AKUAN TERBAIKKK !
2012

SEE ?? gempak kan ? macam nie laa pelajar kelas PA . suke bergambar :) heee .
SEMUA NIE KENANGAN YANG TERINDAH BAGI AKU .
LOVE KORANG <3


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Wednesday 21 March 2012

RESULT SPM KELUAR HARI NIE

ASSALAMUALAIKUM


 GAMBAR NIE EKSYEN AJEE .
CREDIT : GOOGLE .


hyee peeps ! memandangkan hari ini bertarikh 21 mac 2012 . saya mengisytiharkan bahawa keputusan SPM akan dikeluarkan pada hari ini . hahaa . ceh ! aku pula yang sebok2 . okay ! untuk pengetahuan , hari ni keputusan SPM bagi tahun lepas (2011) telah dikeluarkan .aku rasa aku laa orang yang paling nervous kot . haish . mana tak nye , kalau keputusan SPM tahun lepas dah keluar . so maknenye exam SPM pun makin dekat laa . then tahun depan time aku pula . seram doh ! haishh . fuh ! calm down .

tadi masing-II muka ada yang happy , ada yang sedih and macam-II laa . tapi aku tabik la kat akak and abang -II yang dapat MATEMATIK TAMBAHAN A+ . jujur aku cakap , bukan senang nak dapat keputusan macam uh tanpa ada usaha . kan ? ada sesetengah tu , dia target sikit aje . tapi time dapat tu , perghh . lebih dari target yang sebenar . memang terbaikk laa ! by the way , TAHNIAH dekat akak and abang -II yang mendapat keputusan cemerlang :)  insyallah ia akan menjadi semangat untuk aku berusaha bersungguh-sungguh .




TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Monday 19 March 2012

I MISS YOUUU .

ASSALAMUALAIKUM


awak-II saya rindu awak laa . betul ! tak tipu . saya selalu fikir , awak tengah buat apa ? da makan ke ? sihat ke ? hurm , hanya Tuhan yang tahu betapa rindu nya saya kat awak . tapi awak cakap kat saya , awak taknak  tengok saya sedih-II kan . so . saya kuatkan diri saya untuk harungi semua nie . hurm . jujur saya cakap , ini first time awak , saya rasa jauh sangat dengan orang yang saya sayang . sebelum nie , saya tak pernah rasa macam nie . maybe nie pun salah satu ujian dari Tuhan , untuk menguji saya kan awak . hurm . awak , 3 bulan tu lama sangat bagi saya . tapi bila saya fikir balik, betul juga apa yang awak cakap hari tu . awak bukan pergi mana-II pun . awak pergi menuntut ilmu . hurm . saya nak awak tahu , awak sentiasa ada dalam hati saya .
I LOVE YOU SO MUCH and WILL MISS YOU <3


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3 

WATIKAH PELANTIKAN

ASSALAMUALAIKUM

hye peeps ! rindunye nak update . hurm . okay . sebenarnya takde mood nak update apa-II pun . tapi aku fikir , kat mana lagi tempat aku nak berkongsi cerita tentang apa yang jadi . kan ?
okay ! tak nak buang masa . kita berbalik kepada tajuk .act , hari nie aku dapat watikah pelantikan . macam aku bagi tahu hari tu , aku kan PRS . hee . btw PENGAWAS SEKOLAH , MAJLIS KETUA TINGKATAN dan PENGAWAS PUSAT SUMBER dan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA pun dapat . hoo . panas kot tadi . perpeluh-II aku . hehe . lagipun yang dapat watikah kena berdiri . cuma pelajar-II yang takde jawatan kena duduk . time nak naik pentas pegi ambik watikah tu , siyez aku cakap . malu kot . tebal muka .hehe . tapi buat dono je . heee . lepas da selasai penyampaian watikah tu . time untuk kita orang bergambar pula . SNAP JUM !!  hoho . penuh tu ! act ,banyak masa juga kita orang guna tadi . sampai terlepas satu matapelajaran tadi . haish . SORRY CIKGU :)


taraaa !! ni laa watikah pelantikan untuk PRS . hee . sory . if gambar kabur-II .
bye-II


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Friday 16 March 2012

SO SWEET

ASSALAMUALAIKUM





hye peeps ! selamat pagi . mulakan hari anda dengan senyuman . abaikan gambar kat ats tu . eksyen jee . hehe .okay ! hee ^,^ . malam tadi aku mengedik nan my huby lagi . i mean call . hehe . macam-II mengedik nan dia semalam . sampai ngantok-II . kan bie ? hahah . tapi best , dapat berkarok dengan dia sekali .tapi dalam fon la .hehe . tajuk lagu tu PENGHUJUNG CINTAKU by PASHA UNGU feat ADELIA . lagu nie bermakna bagi aku . kalau tak sebab lagu ni mesti aku takkan kenal dengan dia . haa . first time juga dengar dia nyanyi . huhu . sweet sangat . bak kata dia , manis kee . ? haha . manis-II . macam gula-II . hee .
macam mana ehh kalau dia da balik asrama nanti . mesti sunyi . hurm . haish . dah-II . kena kuat ! insyallah .

by the way , rambut depan aku da kena potong . oh ! no ! hehe . tukang menggunting nye my mum . hehe . tapi takde la macam kawan aku cakap , sampai tobek . hoo ! memang tak laa citer nyee . just pendekkan sikit jee . btw ,rambut depan aku panjang . 


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Thursday 15 March 2012

SERONOk TAHU . HEE

ASSALAMUALAIKUM


hey peeps !! malam ni aku seronok sangat sangat sangat . haha . tak tahu nak cakap macam mana , terlampau seronok . act , my huby . ceh ! huby . haha . ada col tadi . lame ?  bagi aku lama sangat . sampai rasa tak puas . hee . tapi sedih laa , lagi 4 days dia nak balik asrama da . hurm . sunyi laa nanti aku kat sini . :'( .

p/s : b jangan nakal-II ehh kat sana , syg sayang b sangat-II . and i always miss u . <3


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Tuesday 13 March 2012

TAMAT SUDA DRAMA VANILA COKLAT

ASSALAMUALAIKUM 
 


hai peeps ! sebelum tu nak tanye , siapa yang layan cerita vanila coklat ? apa macam ? best kan cerita uh . so sweet . best kalo dapat pakwe macam amir . hee . okay ! berangan . haha . abaikan . act , malam nie cerita uh da tamat . alaa . lepas nie da takde da cerita sesweet cm uh . hurm . best sangat time ZARA cakap kat AMIR yang die merajok 2 minit . haha . sweet gilerrr . sampai ada yang taksub sangat . suruh buat VANILA COKLAT THE MOVIE . haha . macam cacat jee . 
lagi satu ayat dia yang aku ingat . ' SAYA TERIMA KELEMAHAN AWAK .. SAYA HARAP AWAK PUN DAPAT TERIMA KELEMAHAN SAYA ' .  bestt kot ! hehe . da mula da aku .
okay la . btw , cerita nie memang terbaikkk ! i give 10 stars .. hee ..
bye !

AMIR AND ZARA . time nie depa tak baik lagi . asyikk gadoh jee . haahaha
SO SWETTT <3


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

SAYA MULA SAYANGKAN AWAK

ASSALAMUALAIKUM

hai peeps ! sihat tak semua ? kalau sihat alhamdulillah .sape yang tak berapa nak sehat uh . pergi klinik and jgn lupa mintak ubat kat doktor uh .after , jangan pulak lupa makan . aku sekeh kepala sorang-II kang . haha . gurau ajee . ohh . yaa . aku lupa nan habaq . minggu nie aku cuti sekolah selama satu minggu . hoho . best tau . tapi sometime uh bosan pun ada . herm . by the way , nacib baik homework pun sikit . hee . suke pulak aku nie .
okay ! berbalik pada tajuk . aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang , tapi aku tak bole tipu diri aku .act , aku da mula sayangkan pakwe aku . jujur aku kata , aku cuba untuk taknak lembut kan hati aku sebab lelaki . aku takut kalau hati aku dikecewakan lagi . aku hanya insan biasa . seorang perempuan yang memiliki hati yang lembut . mudah terluka . tambahan , kalau nak lupakan seseorang yang aku sayang . hurm . (Ya Allah , engkau kuatkanlah hatiku ini ) . cukup berat untuk aku harungi semua ini .

tapi setelah apa yang aku rasa hari ini , membuatkan aku benar-II terbuka hati untuk menyayangi DIA . aku sedih bila teringat time DIA cakap yang DIA tak balik selama 3 bulan lepas cuti ni berakhir . by the way , DIA nie student kat asrama . so, faham-II laa .hurm .apa yang cuba aku nak sampai kan ialah aku da mula sayangkan DIA dan rindu dengan DIA . hurm .tapi aku akan cuba kuatkan hati aku untuk mengharungi semua ini . insyallah .

p/s : awak . jujur saya cakap , saya da mula sayangkan awak . sy taknak awak kecewakan hati saya macam mana yang pernah saya lalui sebelum nie. awak pun tahu kan . herm .
salam sayang dari saya .


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Monday 12 March 2012

AKU DA TAK SINGLE . HEE

ASSALAMUALAIKUM .

 

hai peeps ! act , aku nak bagi tahu yang aku da berpunye . so , aku tak single da . hehe . nak tahu sape ? cari la sendiri , hee , terjah-II yee . haha .
saya just nak cakap , saya sayang awk ketat-II . saya harap awak pun macam uh . saya nak mintak maaf gak . sebab dari dulu tak terima awak . saya tak sangke awak still ada hati dekat saya . herm ,biar pun awak jauh . tapi awak tetap dekat hati saya . insyallah saya tak hampa kan awak and awk pun jangan hampa kan saya, ehh sayang . okay . ingat tu . love you so much . :)


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

SAYANG AWAK LA . :)

MUHAMMAD SYAZUAN ..

ASSALAMUALAIKUM 
 

hello peeps ! heheh . keadaan cuaca sekarang tengah hujan , huu . sejuk . hehe .
okay-II . mesti tertanya-tanya gambar sape la yang kat atas nie kan . nama dye MUHAMMAD SYAZUAN . umur dye 14 tahun . dye nie pun da jadi ahli PEMBIMBING RAKAN SEBAYA . dye nie laa antara junior-II PRS yang ikut kursus hari uh . haa , comel kan ? budak-II mesti la comel . kan ? kan ? hehe .
act , aku just nak bagi tahu yang tdi dye ada mintak nak jadi adek angkat aku .okay !  jenis aku , aku tak kesah .sebab aku suka bergaul dengan semua orang . so . dengan hati terbuka , aku terima dye jadi adek angkat aku . :)
adek , akak suka time kamu cakap ' YEAH ' tadi . haha . and sorry gak sebab mula-II adek mintak uh akak cakap ' tak bole ' .akak gurau je . takkan la akak nak hampa kan kamu . by the way , akak memang suke nyakat orang . hehe , sorry yee . :)
hope seronok jadi adek angkat akak . and jangan malu-II tau dengan akak . chill je ehh . peace :)   



TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

KURSUS PALING BEST

ASALAMUALAIKUM .

hello peepss ! act, tgahari semalam aku baru balik dari kursus . best gila laa aku cakap . kalau bab penat toksah citer , memang penat . tapi best gak jadi senior nie . junior pun comel-II je and depa mudah untuk bergaul . i like . bagi aku , bab tempat memang kurang memuaskan . dari aspek tandas . eei . geli . dengan kotor nye . tapi cikgu sha and cikgu jumma cakap , toilet kat situ lagi okie , berbanding toilet yang cikgu sha and cikgu jumma pernah gune . time uh kat rawang . aku dengar pun geli . okay ! tang tu da settle .hee
hari uh kan aku cakap pasal kena tidur kat khemah kan ? first time tau tido kat khemah nie . haha , memang best , time kat sana setiap khemah kena ada 4 orang . yang sekhemah dengan aku , fiezah , athirah and haziqah . kita orang tido pun himpit-II je . tapi alhamdulillah setakat uh okie . keadaan cuaca kat sana pula , asyik hujan je . hurm .
dari segi makan,okie . biar pun sometime uh makan lambat . tapi tak kesah . kena juga faham situasi .da nama pun kena masak sendiri . kan ? lagi satu , bapak pon ada masak . sedap . ! hehe .
time aktiviti pula , bagi aku pun best . ada aktiviti kembarun , si buta ku sayang and ice breaking ( sesi perkenalan antara senior and junior) . tapi yang banyak buat aktiviti budak-II junior . senior takde sangat . huhu . terbaikk !
okay . aku nak cer pasal aktiviti kembarun . aku cer hari uh senior-II kan yang buat ? haa . dengan bangga nye . aku and kumpulan senior yang lain dapat jalankan aktiviti ini . huh . banyak sangat tang akiviti yang mencabar kalau nak tahu , haha , biasa laa kalau otak lelaki yang fikir .memang expres ,tapi kesian aku tengok member aku fikir . stress jew , haha . yang paling mencabar, kena makan telur mentah and teh o takde gula . eeii . kalau aku kat tempat diorang ., mesti geli . tapi ada sebab juga napa kitaorang buat macam uh .
sebabnye nak wujud kan erti bekerjasama , pengorbanan and yang paling penting hubungan antara ahli kumpulan . nak kata kita orang nie kejam tu . memang tak laa. okay . niat di hati bukan nak buli junior . tapi nak seronok-II . hee
one more , aku nak cer pasal renungan hati bersama bapak . program nie memang bagi aku tersentuh sangat . ia berkenaan dengan jasa ibu bapa kita , mesti korang dapat berfikir apa yang aku maksudkan . time uh , ramai sangat yang tersentuh , sampai mengalirkan airmata . keadaan malam kemarin membuatkan aku sedar ,tentang banyak sangat salah aku kat ibu bapa aku .herm , aku berjanji akan menjadi yang terbaik buat ibu bapa aku . insyallah . amin :)

okay laa . bagi aku pengalaman berada di situ memang menyeronokkan . rasa taknak balik je . hhaaha. pengalaman yang first time bagi aku , pasal berkhemah ,memang terbaik . ! then , dapat berkhemah nan junior dan dapat berkenalan . lagipon tahun nie tahun terakhir untuk aku rasa suasana macam nie . kalau nak jumpe pun takkan sama dengan apa yang pernah aku lalui bersama mereka . salam dari aku , bye . rindu korang <3


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3
 

Thursday 8 March 2012

UJIAN BULANAN 1 DA HABIS ...

ASSALAMUALAIKUM ^,^

hari nie ujian bulanan 1 da berakhir . last jawab tadi paper tasawur . sepatutnye hari rabu da habis jawab . tengok-II paper tasawur tak cukup . itu yang buat hari ini . serious aku cakap , agak susah juga . herm . tapi aku sedih sebab malam kemarin aku and fiezah study bagai nak rak .sampai tak cukup tido dibuatnye akibat study PRINSIP AKAUN AND ADDMATH . last-II esoknye , time aku dapat paper, tiba-II otak aku jadi blur semacam akibat otak penat tahu tak . hoo ! tension giler . tambah-II subjek addmath . huh ! da la cikgu cakap markah 60% mesti ada dalam tangan . haish . tapi bagi aku macam takde harapan je . adess ! takot mehh . hurm : (
tadi pun cikgu addmath cakap dia kecewa nan kita orang . sebab ada sebab-II tertentu . itu belum lagi cikgu tanda kertas kita orang . ntah-II lagi kecewa . adoi .

by the way , aku da buka facebook aku . haha . macam ngex je . sekejap je deactivate .peace

KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA .. WOOHOOO !! JADI SENIOR .

ASSALAMUALAIKUM .     


                                  



hai peepsss ! ceh ! ayat baru uh . haha da baca da surat kat atas uh .  untuk pengetahuan , hari jumaat hingga ahad . bertarikh 09 mac - 11 mac 2012 nie , ahli PEMBIMBING RAKAN SEBAYA atau singkatan nye PRS akan mengadakan kursus peringkat bongsu .dekat TANJUNG UDA RESORT, KG SITIAWAN .

act , aku pergi pun sebab tahun nie tahun last . lepas nie da tak bole nak merasa semua nie .mesti rindu akan saat-II macam nie . haish . sedih la pulak . dah-II . malas nak sedih-II . tahun nie tahun untuk bergembira . betul tak ? betul betul betul ( upin ipin) .

by the way , nama tempat je resort , tapi tidur dalam khemah sebenarnya . kena masak sendiri pulak tu . nak save bajet . takpe la kan , hope hepy masa kat sana . tapi sekarang musim hujan laa . cikgu cakap if hujan masa kat sane . kita orang tidur di dewan . hope tak hujan la. sebab aku nak merasa tido dalam khemah .haha . batak ! biasa la tak pernah tidur khemah . huhu .

tambahan pula , form 5 jadi URUSETIA . so , macam kita orang nie handle budak-II junior laa . mesti best . masa kat sana geng-II senior telah diberikan tugasan . untuk handle kan program explorace . cikgu firdaus(practical) nama kan program uh KEMBARUN . so . kita orang dipertanggungjawabkan untuk buat apa-II je sebagai tugas kembarun nie . aku cume harapkan agar semua nie berjalan lancar . amin :)

TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3 

Tuesday 6 March 2012

HARI KEDUA UB1 ..

ASSALAMUALAIKUM .

 hoo ! sakitnye perot !! tak tahan da nie . hurm . biasa la masalah perempuan , hee . how about my exam today ?? act , memang tidak dinafikan agak susah . huh , subjek BAHASA INGGERIS . hoo ! OMK aku cakap . aku tak tahu apa yang aku jawab tadi . haha . MEREPEKK je lebih .
MATEMATIK ? bagi aku memang best giler . act, aku suka subjek MATH laa . hee , tapi kan , tapi kan , tak cukup masa la sayang . 1 jam mana cukup . kelam kabut aje buat tadi .hurm .
SAINS pula lepas rehat . kalau subjek sains pulak aku rase menyesal gile tak bace latihan yang cikgu bagi . sebab guru matapelajaran aku kot yang buat soalan nie .adoi . menyesal nyeee . kalau tak senang2 je dapat markah . free cam uh je tau. haish .
akhir sekali , agama . herm . bole la bole la . tapi bab tamadun . aku tak bole . sebab nye . tak bace .. pandainyee kan . apa nak jadi .
da la malas nak cer pasal nie .
esok subjek PRINSIP AKAUN , ADDMATH AND SIVIK . by the way , aku da ambil subjek TASSAWUR sebagai subjek tambahan . so , nak taknak , esok aku nak kena jawab . sabar jelaa .
senyum ajaa laaaa yeee :)

TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Monday 5 March 2012

BERMULANYA UJIAN BULANAN 1 BAGI TAHUN 2012

ASSALAMUALAIKUM


hari yang aku nanti-nantikan telah tiba . herm .  nak tahu apa ?  UJIAN BULANAN 1 . mula-II tadi subjek BAHASA MELAYU . then rehat . lepas uh sambung dengan subjek SEJARAH AND PERDAGANGAN . malam tadi memang aku dok baca sejarah jee memanjang . sampai buku perdagangan pon tak sempat baca . kalau BM pula aku sempat buat latihan rumusan dan pemaham , sebab cikgu kata yang uh je masuk . okay ! memang senang .

wait-II ! jangan anggap soalan BM tadi senang . huh ! bagi aku susah kot . tambah-II tang kena cari isi tersurat . siyez ! aku cakap, memang sikit sangat and banyak mengelirukan time nak cari . hurm . tapi nak buat macam mana , tawakal je la . sebab aku da buat sehabis baik tadi .

haa . subjek sejarah pula , memang best la aku cakap . aku rasa lega + seronok tahu (tapi jawab tak habis pun ) . huhu . aku cakap macam nie sebab bab yang aku baca tadi memang masuk .then , dapat la jawab . tapi tang tempat yang tinggal kosong tu , aku tak baca laa , sebab keluar bab FORM 4 , macam mana nak bace . lagi satu cikgu pun tersalah inform kat kita orang .hurm , sedih . (redha je) . asalkan bab yang aku baca , memang masuk .hee  . suka-II . >,<

okay ! aku nak cer pasal subjek PERDAGANGAN(PD)  pula . kalau subjek nie memang aku kecewa dengan sikap aku sendiri . sebab aku tak ambil port langsung . huu . kecewa giler . time jawab tadi pun , aku sendiri tak yakin dengan jawapan aku . ada yang main tembak , tinggal kosong . hurm :( .
tapi kalau subjek nie , aku tawakal je dari mula start jawab . tak kesah la berapa pun markah aku dapat nanti . aku tahu salah aku ,sebab tak baca . hurm . : /

okay la . banyak pula aku bercerita hari nie . haha . terlampau excited la uh dengan ujian tadi . haha .
by the way esok ujian BAHASA INGGERIS , MATHEMATICS , SCIENCE AND PEND. ISLAM .
BYE , SALAM .
- love bella -

TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3

Sunday 4 March 2012

DAFTAR NUFFNANG LAA .. HEEE

ASSALAMUALAIKUM




see ? da baru laaa haha . siap ada nuffnang lagi . act , aku baru daftar tadi . mula-II memang aku ta tahu nak buat macam mana . last-II aku buka BLOG'S LYSSA FAIZUREEN . kat blog dia banyak sangat toturial yang boleh dijadikan petunjuk . then , dengan cara dia buat step-II. memang senang nak faham . memng terbaik la . huhu . by the way , thank you so much to kak lyssa .


TENGS FOR READING BELLA PUNYE CERITA <3