Saturday 21 July 2012

wink . wink . hai .....

ASSALAMUALAIKUM




SELAMAT BERPUASA ! cop cop . hai peeps ! huu , lama rasanye aku tak update , kan ? rindu nyee . heee . aku busy sikit laa .lagi pun rasa macam malas nak update . yaa . itulah aku . hehehe . puasa puasa puasa . then , raya raya raya . tapi bagi aku tahun nie raya , tak best . sebab trial aku seminggu selepas raya . ohh ! sedihnyee *sambil kesat airmata* kalau tak tu awal bulan sembilan . tapi dipercepatkan . so , bertarikh 28 OGOS 2012 .  haishh . memang betul betul selepas raya . tak boleh enjoyy pun . takpee takpe . cubaan tu . redha jela . apa apa pun , wish me luck okayy .

ohh , yaaa . minggu depan ujian bulanan dua pula . haishh . buku pula tak baca baca . aku ni SPM STUDENT kee ? tapi  kenapa aku tengok , aku bukan macam tu . takde usaha langsung nak study . asyikk malas jeee .kalau berfessbuk , bertwitterr rajin pula . tak payah ada orang suruh laju memanjang . padahal SPM tak lama lagi . trial pun nak dekat, tapi still main main . umpama macam takde apa apa yang bakal aku lalui . haishh . aku da tak tahu nak buat macam mana lagi dengan diri aku ni . hmmm . *sedih lagi*

okay laa , aku pun takde mood nak update banyak banyak and panjang panjang . dah la mood tengah sedihh . tapi aku tahu semua tu cubaan , dugaan kat aku kan ? aku harap aku dapat lalui semua nie . insyallah . doakan aku yea . lagi satu , aku nak ucap terima kasih sangat sangat dekat cikgu cikgu SMK SERI SAMUDERA , yang sekarang mengajar aku and yang pernah mengajar aku sebelum ni . banyak sangat pengorbanan mereka kat aku . aku tak tahu nak balas macam mana . tapi cikgu yang paling nampak bersungguh sungguh nak kami lulus dengan cemerlang , PUAN CHE KU ROHAYA BT CHE ENGKU MUSA , dia mengajar subjek matematik tambahan .  siyez aku cakap subjek ni bagi aku memang sukar . banyak guna formula ,kena tahu  konsep . tapi takde yang mustahil nak lulus dengan cemerlang subjek ni .sebab cikgu cakap senang sangat nak dapat markah FREE . insyallah aku akan buat cikgu cikgu gembira dengan keputusan aku . tak lupa juga dekat parents aku . INSYALLAH :)

byeee ! ASSALAMUALAIKUM and SELAMAT BERPUASA . jangan tinggal puasa yee ! heehehe

- bellapunyecerita.blogspot.com -

No comments: